Friday, 18 April 2014

MAKLUMAT DIRI










Nama : Muhammad Azrin Bin Jaafar
No. Matrik : A142176
Program : Sukan dan Rekreasi, Fakulti Pendidikan
Tahun Pengajian : 2





Tayangan Kisah yang terjadi





Berdasarkan video dibawah. Kita boleh gambarkan dan membuat kesimpulan mengapa perkara sebegini boleh berlaku dan apakah masalah yang akan timbul.





Lagu Keadaan di Palestin


lagu ini mengisahkan keadaan di Palestin dimana orang-orang islam disana sedang berperang dengan pihak musuh. mereka dibunuh secara kejam pada setiap hari menyebabkan titisnya darah penduduk setiap hari jatuh kebumi dan titisan air mata diikuti sama dengan tangisan yang sentiasa tidak berhenti setiap hari. keadaan disana menunjukkan bertapa sedihnya rakyat palestin yang terpaksa menderita di bumi sendiri. kekejaman yang perlu disini seperti api yang sedang membara kerana kemusnahan yang sentiasa berlaku pada setiap hari. banyak kemusnahan yang berlaku di negara tersebut. kemudahan awam musnah dan harta benda rakyat hilang menyebabkan kanak terpaksa belajar di tempat yang kurang selamat dan kurang kemudahan infrastruktur. walaupun tiada kemudahan, mereka tetap belajar dalam apa jua keadaan jauh lebih teruk berbanding di negara kita.


KERATAN AKHBAR








ANTARA TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH PBB



KERATAN AKHBAR


NEW YORK: Jerebu tebal dari Indonesia yang kini merebak ke Singapura dan Malaysia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat gesaan agar langkah pantas segera diambil untuk meningkatkan kualiti udara di Asia Tenggara.

Dalam reaksinya tentang asbut tebal yang memenuhi ruang udara kebanyakan bandar raya di Asia Tenggara, seorang pegawai kanan PBB menggesa kerajaan di rantau itu supaya mengambil tindakan segera dan berkesan untuk menghadapi cabaran serius daripada kemerosotan kualiti udara yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sana.

Noelen Heyzer, setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Rantau Asia dan Pasifik (ESCAP) yang berpejabat di Bangkok, berkata masalah berkaitan pencemaran udara antara Indonesia dan Singapura ketika ini "memberi petanda bahawa cabaran lebih meluas yang akan muncul di negara terbabit (di rantau itu)."
Sejajar dengan itu, beliau menyeru kerajaan di rantau itu supaya memberi keutamaan terhadap isu kualiti udara dan kesihatan manusia.

“Pencemaran rentas sempadan adalah sesuatu yang kompleks dari segi politik, namun ia perlu ditangani dengan segera. Kita memerlukan rangka kerja lebih berkesan untuk mengurus perkhidmatan ekosistem seperti udara dan air, yang melangkaui sempadan pentadbiran dan politik," katanya.

Beliau berkata perkara itu merupakan isu serantau yang perlu ditangani di peringkat serantau, nasional dan tempatan.

Menurut ESCAP, jumlah kematian akibat pencemaran yang berpunca daripada kenderaan, industri dan kegiatan penghasilan tenaga di bandar raya Asia adalah tinggi, dengan anggaran 500,000 kes kematian pramatang berlaku setiap tahun. 
Memandangkan lebih 1.7 bilion penduduk di rantau Asia Pasifik bergantung pada najis haiwan, kayu, sisa pertanian dan arang batu untuk memenuhi keperluan asas mereka terhadap tenaga, maka pencemaran udara dari dalam rumah yang berpunca daripada penggunaan bahan bakar berbentuk pepejal dianggap menjadi punca bagi lebih 1.6 juta kematian, dengan jumlah korban paling tinggi membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Heyzer berkata oleh kerana kesihatan merupakan "pendaya paling penting bagi pembangunan", maka sebuah rantau yang lebih lestari perlu dibina dengan memberi keutamaan terhadap langkah mencegah "pencemaran udara, air dan makanan kita serta barangan lain yang menjadi kegunaan bersama di rantau ini".

Beliau berkata pelaburan dalam sistem penjagaan kesihatan hanya merupakan suatu pembaziran jika pada waktu yang sama, sumber paling asas daripada alam sekitar yang begitu penting bagi kesihatan manusia, dimusnahkan.

Pengeluaran karbon dioksida menjadi topik utama dalam perbincangan berkaitan kualiti udara di peringkat serantau dan global berikutan perubahan iklim yang semakin teruk dan ini menunjukkan dengan jelas bahawa antara isu paling serius dan berat berkaitan pencemaran udara, terutama di rantau yang mengalami proses pesat perbandaran, ialah kepekatan zarahan, yang meningkatkan dengan banyaknya risiko penyakit jantung, paru-paru dan kanser.

“Komitmen kami terhadap pembangunan lestari di rantau Asia dan Pasifik akhirnya bergantung pada sejauh mana respons diberi terhadap isu ini," katanya sambil menambah bahawa dengan memperkemaskan mekanisme sedia ada dan melalui platform antara kerajaan yang bersifat inklusif, seperti ESCAP, maka cabaran itu akan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya demi manfaat seluruh penduduk di rantau itu. - BERNAMA 




RUJUKAN: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PBBprihatinkemerosotankualitiudaradiAsiaTenggara/Article/index

PIAGAM PBB




Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:


KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM

• untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan

• untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan

• untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan

• untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas, dan untuk tujuan ini

• akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan

• akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan

• akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak

• akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan

• akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)



PENGENALAN


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.



LOGO PBB