PIAGAM
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
(SUHAKAM)
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
(SUHAKAM)
MUKADIMAH
SUHAKAM Institusi Hak Asasi Manusia Negara ini telah ditubuhkan oleh Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597), dengan mematuhi Paris Principles Relating to the Status of National Institutions 1993,
MEMPERTEGASKAN mandatnya untuk memupuk dan mempertahan hak asasi manusia di Malaysia.
BERPEGANG kepada Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948, selagi ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
MENGIKTIRAF wujudnya kepelbagaian budaya,agama dan nilai moral di dalam sebuah masyarakat majmuk.
MENGIKTIRAF bahawa hak asasi manusia akan terus menerus melalui pembangunan sejagat..
DENGAN INI MENGISTIHAR:
Tanggungjawab berkanun SUHAKAM adalah:
- Untuk memupuk kesedaran dan memberi pendidikan mengenai hak asasi manusia.
- Untuk menasihat dan membantu Kerajaan dalam membentuk perundangan dan prosedur dan mencadangkan tindakan yang perlu diambil.
- Mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk menerimapakai atau memperolehi perjanjian-perjanjian dan lain-lain bahan antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia.
- Untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.
SUHAKAM akan memenuhi tanggungjawab ini melalui :
- Memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia serta menjalankan penyelidikan dan mengendalikan program, seminar serta bengkel dan untuk menyebarkan hasil-hasil kajian tersebut;
- Menasihatkan Kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan-aduan ke atas mereka dan mencadangkan tindakan-tindakan yang sesuai diambil;
- Menyiasat dan mengesahkan sebarang pelanggaran ke atas hak asasi manusia;
- Bekerjasama dengan pertubuhan persatuan awam dan pembela hak asasi manusia bagi mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia;
- Menjalankan Siasatan Awam ke atas pelanggaran hak asasi manusia yang besar;
- Melawat tempat-tempat tahanan mengikut peraturan-peraturan yang di tetapkan oleh undang-undang berkaitan dengan tempat-tempat tahanan dan membuat saranan-saranan yang bersesuaian;
- Mengeluarkan kenyataan-kenyataan awam berkaitan hak asasi manusia bila dan di mana perlu;
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang didapati sesuai dan perlu.
Pembangunan pelan tindakan strategik tahunan ke atas bidang-bidang teras yang perlu perhatian:
- Menerapkan nilai-nilai hak asasi manusia kepada setiap rakyat Malaysia;
- Mempromosi dan mempertahan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya serta Hak Awam serta Politik;
- Menyokong dan mengawasi sebarang perakuan, kemasukan dan perlaksanaan perjanjian hak asasi manusia antarabangsa oleh Negara;
- Menyokong dan mengesyorkan untuk meminda atau memansuh undang-undang yang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.
Rangkakerja operasi SUHAKAM akan berpandu kepada nilai-nilai asas berikut:
- Hormat
Menghormati adanya perbezaan budaya, agama dan sensitifiti sosial dengan mengiktiraf hak dan tanggungjawab Negara seperti di dalam Fasal 29 UDHR.
- Kebebasan
Menekankan kebebasan dalam menjalankan fungsi-fungsinya berkaitan dengan cawangan-cawangan perundangan, kehakiman dan eksekutif Kerajaan.
- Integriti
Memastikan Suruhanjaya dan ahli-ahlinya beroperasi di tahap integriti dan pertangungjawaban yang tertinggi dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya.
- Perhubungan
Meningkatkan perhubungan dengan semua ‘stakeholder’, termasuk pihak Kerajaan, pertubuhan awam, jaringan serantau dan antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan-badan serta mekanisme hak asasi manusia.
- Kecekapan
Bertindak serta-merta ke atas aduan awam melalui bantuan aktif untuk menyelesaikan kesusahan di dalam kerangka undang-undang dan peraturan semasa.
- Keterbukaan
Memelihara ketelusan and menyediakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan orang ramai.
- Pembangunan Kapasiti
Dengan mengiktiraf nilai sumber manusia dan peri pentingnya pembangunan keupayaan yang berterusan kepada ahli-ahli Suruhanjaya, kakitangan dan lain-lain stakeholder.
No comments:
Post a Comment