Friday, 18 April 2014

MAKLUMAT DIRI










Nama : Muhammad Azrin Bin Jaafar
No. Matrik : A142176
Program : Sukan dan Rekreasi, Fakulti Pendidikan
Tahun Pengajian : 2





Tayangan Kisah yang terjadi





Berdasarkan video dibawah. Kita boleh gambarkan dan membuat kesimpulan mengapa perkara sebegini boleh berlaku dan apakah masalah yang akan timbul.





Lagu Keadaan di Palestin


lagu ini mengisahkan keadaan di Palestin dimana orang-orang islam disana sedang berperang dengan pihak musuh. mereka dibunuh secara kejam pada setiap hari menyebabkan titisnya darah penduduk setiap hari jatuh kebumi dan titisan air mata diikuti sama dengan tangisan yang sentiasa tidak berhenti setiap hari. keadaan disana menunjukkan bertapa sedihnya rakyat palestin yang terpaksa menderita di bumi sendiri. kekejaman yang perlu disini seperti api yang sedang membara kerana kemusnahan yang sentiasa berlaku pada setiap hari. banyak kemusnahan yang berlaku di negara tersebut. kemudahan awam musnah dan harta benda rakyat hilang menyebabkan kanak terpaksa belajar di tempat yang kurang selamat dan kurang kemudahan infrastruktur. walaupun tiada kemudahan, mereka tetap belajar dalam apa jua keadaan jauh lebih teruk berbanding di negara kita.


KERATAN AKHBAR








ANTARA TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH PBB



KERATAN AKHBAR


NEW YORK: Jerebu tebal dari Indonesia yang kini merebak ke Singapura dan Malaysia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat gesaan agar langkah pantas segera diambil untuk meningkatkan kualiti udara di Asia Tenggara.

Dalam reaksinya tentang asbut tebal yang memenuhi ruang udara kebanyakan bandar raya di Asia Tenggara, seorang pegawai kanan PBB menggesa kerajaan di rantau itu supaya mengambil tindakan segera dan berkesan untuk menghadapi cabaran serius daripada kemerosotan kualiti udara yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sana.

Noelen Heyzer, setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Rantau Asia dan Pasifik (ESCAP) yang berpejabat di Bangkok, berkata masalah berkaitan pencemaran udara antara Indonesia dan Singapura ketika ini "memberi petanda bahawa cabaran lebih meluas yang akan muncul di negara terbabit (di rantau itu)."
Sejajar dengan itu, beliau menyeru kerajaan di rantau itu supaya memberi keutamaan terhadap isu kualiti udara dan kesihatan manusia.

“Pencemaran rentas sempadan adalah sesuatu yang kompleks dari segi politik, namun ia perlu ditangani dengan segera. Kita memerlukan rangka kerja lebih berkesan untuk mengurus perkhidmatan ekosistem seperti udara dan air, yang melangkaui sempadan pentadbiran dan politik," katanya.

Beliau berkata perkara itu merupakan isu serantau yang perlu ditangani di peringkat serantau, nasional dan tempatan.

Menurut ESCAP, jumlah kematian akibat pencemaran yang berpunca daripada kenderaan, industri dan kegiatan penghasilan tenaga di bandar raya Asia adalah tinggi, dengan anggaran 500,000 kes kematian pramatang berlaku setiap tahun. 
Memandangkan lebih 1.7 bilion penduduk di rantau Asia Pasifik bergantung pada najis haiwan, kayu, sisa pertanian dan arang batu untuk memenuhi keperluan asas mereka terhadap tenaga, maka pencemaran udara dari dalam rumah yang berpunca daripada penggunaan bahan bakar berbentuk pepejal dianggap menjadi punca bagi lebih 1.6 juta kematian, dengan jumlah korban paling tinggi membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Heyzer berkata oleh kerana kesihatan merupakan "pendaya paling penting bagi pembangunan", maka sebuah rantau yang lebih lestari perlu dibina dengan memberi keutamaan terhadap langkah mencegah "pencemaran udara, air dan makanan kita serta barangan lain yang menjadi kegunaan bersama di rantau ini".

Beliau berkata pelaburan dalam sistem penjagaan kesihatan hanya merupakan suatu pembaziran jika pada waktu yang sama, sumber paling asas daripada alam sekitar yang begitu penting bagi kesihatan manusia, dimusnahkan.

Pengeluaran karbon dioksida menjadi topik utama dalam perbincangan berkaitan kualiti udara di peringkat serantau dan global berikutan perubahan iklim yang semakin teruk dan ini menunjukkan dengan jelas bahawa antara isu paling serius dan berat berkaitan pencemaran udara, terutama di rantau yang mengalami proses pesat perbandaran, ialah kepekatan zarahan, yang meningkatkan dengan banyaknya risiko penyakit jantung, paru-paru dan kanser.

“Komitmen kami terhadap pembangunan lestari di rantau Asia dan Pasifik akhirnya bergantung pada sejauh mana respons diberi terhadap isu ini," katanya sambil menambah bahawa dengan memperkemaskan mekanisme sedia ada dan melalui platform antara kerajaan yang bersifat inklusif, seperti ESCAP, maka cabaran itu akan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya demi manfaat seluruh penduduk di rantau itu. - BERNAMA 




RUJUKAN: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PBBprihatinkemerosotankualitiudaradiAsiaTenggara/Article/index

PIAGAM PBB




Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:


KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM

• untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan

• untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan

• untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan

• untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas, dan untuk tujuan ini

• akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan

• akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan

• akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak

• akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan

• akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)



PENGENALAN


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.



LOGO PBB

Saturday, 12 April 2014

PIAGAM



PIAGAM
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
(SUHAKAM)
MUKADIMAH
SUHAKAM Institusi Hak Asasi Manusia Negara ini telah ditubuhkan oleh Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597), dengan mematuhi  Paris Principles Relating to the Status of National Institutions 1993,
MEMPERTEGASKAN mandatnya untuk memupuk dan mempertahan hak asasi manusia di Malaysia.
BERPEGANG kepada Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948, selagi ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
MENGIKTIRAF wujudnya kepelbagaian budaya,agama dan nilai moral di dalam sebuah masyarakat majmuk.
MENGIKTIRAF bahawa hak asasi manusia akan terus menerus melalui pembangunan sejagat..

DENGAN INI MENGISTIHAR:
Tanggungjawab berkanun SUHAKAM adalah:
  • Untuk memupuk kesedaran dan memberi pendidikan mengenai hak asasi manusia.
  • Untuk menasihat dan membantu Kerajaan dalam membentuk perundangan dan prosedur dan mencadangkan tindakan yang perlu diambil.
  • Mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk menerimapakai atau memperolehi perjanjian-perjanjian dan lain-lain bahan antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia.
  • Untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.

SUHAKAM akan memenuhi tanggungjawab ini melalui :
  • Memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia serta menjalankan penyelidikan dan mengendalikan program, seminar serta bengkel dan untuk menyebarkan  hasil-hasil kajian tersebut;
  • Menasihatkan Kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan-aduan ke atas mereka dan mencadangkan tindakan-tindakan yang sesuai diambil;
  • Menyiasat dan mengesahkan sebarang pelanggaran ke atas hak asasi manusia;
  • Bekerjasama dengan pertubuhan persatuan awam dan pembela hak asasi manusia bagi mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia;
  • Menjalankan Siasatan Awam ke atas pelanggaran hak asasi manusia yang besar;
  • Melawat tempat-tempat tahanan mengikut peraturan-peraturan yang di tetapkan oleh undang-undang berkaitan dengan tempat-tempat tahanan dan membuat saranan-saranan yang bersesuaian;
  • Mengeluarkan kenyataan-kenyataan awam berkaitan hak asasi manusia bila dan di mana perlu;
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang didapati sesuai dan perlu.


Pembangunan pelan tindakan strategik tahunan ke atas bidang-bidang teras yang perlu perhatian:

  • Menerapkan nilai-nilai hak asasi manusia kepada setiap rakyat Malaysia;
  • Mempromosi dan mempertahan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya serta Hak Awam serta Politik;
  • Menyokong dan mengawasi sebarang perakuan, kemasukan dan perlaksanaan perjanjian hak asasi manusia antarabangsa oleh Negara;
  • Menyokong dan mengesyorkan untuk meminda atau memansuh undang-undang yang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.



Rangkakerja operasi SUHAKAM akan berpandu kepada nilai-nilai asas berikut:

  • Hormat

  • Menghormati adanya perbezaan budaya, agama dan sensitifiti sosial dengan mengiktiraf hak dan tanggungjawab Negara seperti di dalam Fasal 29 UDHR.

  • Kebebasan

  • Menekankan kebebasan dalam menjalankan fungsi-fungsinya berkaitan dengan cawangan-cawangan perundangan, kehakiman dan eksekutif Kerajaan.

  • Integriti

  • Memastikan Suruhanjaya dan ahli-ahlinya beroperasi di tahap integriti dan pertangungjawaban yang tertinggi dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya.

  • Perhubungan

  • Meningkatkan perhubungan dengan semua ‘stakeholder’, termasuk pihak Kerajaan, pertubuhan awam, jaringan serantau dan antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan-badan serta mekanisme hak asasi manusia.

  • Kecekapan

  • Bertindak serta-merta ke atas aduan awam melalui bantuan aktif untuk menyelesaikan kesusahan di dalam kerangka undang-undang dan peraturan semasa.

  • Keterbukaan

  • Memelihara ketelusan  and menyediakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan orang ramai.

  • Pembangunan Kapasiti

  • Dengan mengiktiraf nilai sumber manusia dan peri pentingnya pembangunan keupayaan yang berterusan kepada ahli-ahli Suruhanjaya, kakitangan dan lain-lain stakeholder.

SURUHANJAYA HAK ASASI YANG TERDAPAT DI MALAYSIA




SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
( SUHAKAM )


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.
Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003
Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia. Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR. Turut mempengaruhi ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.
Sebagai ketua perwakilan Malaysia ke UNCHR, Tan Sri Musa telah mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1994 bahawa inilah masa terbaik bagi Malaysia menubuhkan badan hak asasi kebangsaannya sendiri yang bebas.Beberapa faktor telah mendorong cadangan ini: semakin meluasnya tekanan antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan kesedaran bahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sebuah negara; penglibatan aktif Malaysia dalam sistem Bangsa-Bangsa Bersatu; suasana dan kepekaan politik di samping kemajuan yang dicapai masyarakatnya. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, tujuh negara Asia, termasuk dua dari ASEAN – Indonesia dan Filipina – sudahpun menubuhkan institusi hak asasi kebangsaan masing-masing, manakala Thailand pula sedang membuat persiapan untuk mengambil langkah yang sama.
Pada 24 April 1999, lima tahun selepas idea itu diajukan, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengumumkan bahawa Kerajaan akan membentang satu Rang Undang-Undang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai 1999 bagi menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Rang Undang-Undang ini berpandukan kepada Prinsip Paris 1992 yang memperuntukkan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang bebas dan juga kepada pengalaman institusi hak asasi manusia yang sudah tertubuh, terutamanya dirantau Asia Pasifik.
Pada 3 April 2000, Kerajaan mengumumkan perlantikan pengerusi pertama SUHAKAM iaitu Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dan 12 ahli Suruhanjaya yang akan berkhidmat selama dua tahun dan penggal perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan. Pelantikan dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.Meskipun Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia membenarkan pelantikan sehingga 20 orang ahli, keputusan dibuat bahawa SUHAKAM akan memulakan tugasnya dengan 13 ahli sehinggalah apabila lebih ramai ahli dirasakan perlu. Ahli SUHAKAM dipilih bagi mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga berdasarkan pengalaman, iltizam, kebebasan dan kewibawaan individu berkenaan.
Untuk membolehkan Suruhanjaya menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan, beberapa kumpulan kerja yang khusus telah dibentuk, merangkumi pendidikan dan promosi, pembaharuan undang-undang serta perjanjian dan suratcara antarabangsa, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan aduan dan siasatan.


Rujukan : http://www.suhakam.org.my/ms/about-suhakam/sejarah/

PERKARA DALAM HAK ASASI MANUSIA




Setiap orang dan individu berhak untuk mendapatkan hak mereka agar kehidupan mereka aman dan selamat. Antara perkara dalam hak asasi manusia untuk setiap orang ialah :


  • Kebebasan Diri
  • Keabdian dan Kerja Paksa
  • Kesamarataan
  • Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Menubuhkan Persatuan
  • Kebebasan Beragama
  • Hak-hak Berkenaan Pelajaran
  • Hak Terhadap Harta
  • Dan Lain-lain

PENGENALAN



PENGERTIAN HAK ASASI MANUSIA


Hak Asasi Manusia merupakan hak dasar yang dimiliki oleh seseorang sejak lahir sampai mati sebagai anugerah dari Allah S.W.T..  Semua orang memiliki hak untuk menjalankan kehidupan dan apa yang dikendakinya selama tidak melanggar norma dan tata nilai dalam masyarakat. Hak asasi ini sangat wajib untuk dihormati, dijunjung tinggi serta dilindungi oleh negara, hukum dan pemerintah. setiap orang sebagai harkat dan martabat manusia yang sama antara satu orang dengan lainnya yang benar-benar wajib untuk dilindungi dan tidak ada pembeda hak antara orang satu dengan yang lainnya. 


Jack Donnely, mendefinisikan hak asasi tidak jauh berbanding dengan pengertian di atas. Hak asasi adalah hak-hak yang dimiliki manusia semata-mata kerana ia manusia. Manusia memilikinya bukan kerana diberikan kepadanya oleh masyarakat atau berdasarkan hukum positif, melainkan semata-mata berdasarkan martabatnya sebagai manusia dan hak itu merupakan pemberian dari tuhan yang maha esa. 


Menurut John Locke, Hak Asasi Manusia adalah hak yang dibawa sejak lahir yang secara kodrati melekat pada setiap manusia dan tidak dapat diganggu gugat. John Locke menjelaskan bahwa HAM merupakan hak kodrat pada diri manusia yang merupakan anugrah atau pemberian langsung dari tuhan.